Adsense Income

Saturday, March 14, 2009

Screenshot akaun Adsense aku setakat nie..

Hmmm....
Banyak lagi kena buat......

Read more...

Article Submission Service

Tuesday, February 24, 2009

Sekarang tengah tulis artikel.
Dah siap tapi belum published lagi.

Sambil2 tu, aku amik satu servis Article Submission dari 2CatchUp.com.
Saja menggatal nak try betul ke kalau bnyk backlink akan naikkan rank web.
Aku buat ni sebab ada duit lebih kat Paypal.. kalo tak, tak buat punya... hohohoo..

Siot jugak 2CatchUp.com ni, bayar 20hb, hari ni baru bagitau order dalam proses..
Itupun lepas aku bombard diorang dengan email..
cilakak..

p/s: ranking sekarang, untuk keyword utama , dah dapat 1st page listing kalo search pakai Google Blog Search. Kalau Google Search biasa result ke lauttt....

Read more...

Affiliate

Monday, February 23, 2009

Fast Update :

Dapat apply jadik affiliate Amazon.com.

kohkohkohh....

Read more...

Traffic

Monday, February 9, 2009

Lupa lak nak bgtau...
URL dah submit ke Google Webmaster Tools for indexing purpose..


So, basic untuk SEO-ing aku dah buat, kalo yang advance tu tu blom blajar lagi.
hohohooo..

=====================

Traffic.

Yang aku tau ada 3 cara nak carik traffic.

1. BlackHat - aku tak reti dan takmoh buat.

2. Backlink (1) - Submit ke Backlink Directories @ post ke Social Networking - Banyak kerjalah..

3. RSS Feed/Press Release..?? erkk.. aku tak tau camne nak buat, nnti aku study dulu..

4. BUM Marketing - Submit artikel ke article directories.

------------------------------

Dalam banyak2 ni aku pilih BUM.
Orait, aku nak start carik traffic guna artikel. Ezine, GoArticle atau Squidoo....
Material penulisan untuk niche tu dah ada, cuma nak tulis balik aje yg lemau skit...

hohooo... makan masa gak tulis artikel ni..
Lama gile dah tak menulis dalam B.I..
Hmm.. aku kasik try gak.


God Speed

Read more...

Working on new niche

Sunday, February 8, 2009

found one... keyword research, setting up new blog.... done.

Still walking on the spider web, looking for more information and blog content...

Read more...

Takde buat apa pun...

Wednesday, February 4, 2009

Hari ni tak buat apa-apa.

Tadi kena keje OT, balik kol 9:00 malam... dah la opis berhantu... sial.

Penat, kepala otak pun jem.

Esok pagi aku sambung balik...

Read more...

3rd steps - Buat Blog

Tuesday, February 3, 2009

Ookie Dookie.

3rd step buat blog dgn bubuh content yang berkaitan.

Ari ni malas nak citer panjang, dah settle.

-Template amik kat ourbloggertemplate.blogspot.com.

-Kod Adsense dah bubuh.

-Content dah amik kat web2 artikel.

- Meta tag dah bubuh.
p/s: Thanx to Naz : http://ads3ns3.blogspot.com/


======================

Nie Blog aku :

http://howto-stopexcessivesweating.blogspot.com

Blogger ni takde ke Setting bagi post yang 1st tetap maintain jadik front page?
Jawapannya : Dah puas aku try, takde.


Sebenarnya aku nak post yang ni jadi front page tiap kali masuk url, tapi tak jumpa setting dia la.. ataupun mmg tak bole.. aduss...
http://howto-stopexcessivesweating.blogspot.com/product-reviews.html

======================

Nak cari related content lagi...


God Speed

Read more...

Samb.. 2nd Steps - Keyword

Sunday, February 1, 2009

sambungan....
aku beli rokok Pall Mall Light 20 dengan Suria 12. Siap beli buah jambu sekali. hohohoo..


Keyword research tadi tak abis lagi. Aku check jugak kat https://adwords.google.com/select/AdTargetingPreviewTool. Target country US, pasal aku nak wat dalam bahasa B.I, lagipun buat dalam B.I baru ler luas marketnya. Tengok, wahhh... banyak gilos iklan Adwords pasal excessive sweating nie.
Aku tengok lak Average Search Result pasal keyword nie.
Pakai Google Keyword Tool External - https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal


Average search dia tak ler banyak cam lain-lain subjek macam weight loss, make money online, tapi lebih targetted. Kalo aku carik subjek yang luas giler camtu, payah nak dapat listing yang baik dari google.

Banyak keyword yang berkaitan pasal subjek aku ni. Banyak pecahan dia. So, dalam web aku nanti leh la aku masuk kan kategori tu satu-satu. Aku rasa camni la kot.

Tgk Average Cost Per Click dia pun tak ler mahal.. dalam USD1.xx lebih jek. Ahh... hantam.
Aku lebih pentingkan traffic yang akan masuk web aku nanti. biar konsisten, ada bounce.



p/s: kalao keyword 'insurance', 'mortgage', 'furniture' kos dia sekali klik dalam USD20 lebih??
mak aih.... tapi... sebab aku takmo buat keyword tu pasal dah banyak Big Player main kat market tu... diorang dah tahap Dewa dah... payah nak celen... rilek-rilek dulu...
pendapat aku laa...

Okay ke apa yang aku buat nihhh...??


p/s: sambil buat ni layan lagu Ookla The Mok.
memang syiok monyet betul.. hohohooo...
kalo nak, download kat blog nie... diorg ni sempoi giler... Awesomerock-Sam
dulu diorang bukak blog Rockypages.blogspot, tapi dah kena shut down daa...

Read more...

2nd - Pilih Keyword Untuk Adsense

Orait.
Dah cukup buat research kot.
Keyword yang aku pilih untuk buat Adsense ni - "How To Stop Excessive Sweating".

Err... camner aku leh pilih tajuk nie?? entah... hohohohooo... arrr??
Tapi satu je yang bagusnya, untuk keyword nie ada produk Clickbank yang aku leh buat Affiliate sekali. Takpe, itu karang punya cerita.

So, based on apa yang aku baca - dari forum/ebook/web/blog orang2 dah kaya raya nie....
aku pakai tools2 free yang ada (projek ni aku memang guna semua yang free jek).


1st sekali aku check keyword tu kat Big G.
p/s: Blogger ni aku nyampah betul.. bila upload gambar je, dia pergi kat atas... berterabur.. siot.

aku taip "how to stop excessive sweating" - guna simbol " " - untuk tau ada berapa Exact Keyword web/blog/ yang ada dalam G listing nie.
Nampaknya ada 13,600 result jer...

maknanya...

persaingan untuk web/blog aku untuk dapat rank listing page 1 kat Google tu kurang...
Bila web/blog aku nanti kalo dapat 1st page listing, teorinya aku akan dapat traffic yang banyak..
camtu la kot yang aku paham...

bersambung.... aku gi beli rokok jap.....

Read more...

1st Step - Adsense

Friday, January 30, 2009

Wokeh, yang 1st aku nak try - Adsense.

Naper aku pilih Adsense ?
1. Buat menda ni aku tak payah melibatkan orang lain.
2. Yang akan bayar aku adalah Uncle Google.
3. Takde tipu-tipu downline la, upline la.
4. Takyah modal. kena rajin je.
5. Setup and forget - ya ka?

Takmo buang masa lagi, nio yang aku buat :

1st sekali aku buat - register Google Adsense.


Bole tengok kat sini - https://www.google.com/adsense/

Tak tau adsense tu apa ?? Meh sini abang nak try explain kan.
hohohoho... aku pun baru je tau nih, kalo silap tolong le ajar eyh.!

Contoh : aku taip "buat duit online" kat Google.
Nie result yang keluar.

Nampak tak iklan kecik2 yang kat sebelah kanan tu?
Yang Sponsored Links tu?
Tu la dia Adsense.
Mana-mana orang/company yang publishedkan iklan tu guna servis Google Adwords.

Kalo iklan-iklan nie ada kat website/blog aku, kalo ada orang klik je, aku dapat la komisyen dari google. Sebab aku sediakan ruang iklan ni kat web aku.
Pastu Google ni caj la kat orang yang published iklan tu.

Tu la dia secara teorinya - nampak cam senang.

Aku akan research dulu web pasal apa yang aku nak build. Pakai free punye aje udah.

--------------------------------

hohoho... memain dgn blog ni pun makan masa berejam jugak..

--------------------------------

Aku belajar semua ni dari forum/ebook yg aku download/web2 yg promote menda ni je.
Tak pernah lagi bayar mana2 program.
tengok la, jadi ke tak. hantam sajaaa...

Read more...

Introduction

Salam dan selamat sejahtera.

Aku selalu surf internet. Suka-suka jek. Kekadang carik info, kekadang melepak dalam forum, kekadang gi ke site yang bukan-bukan.. hohohooo...

Hmmm... time tengah surf selalu gak terserempak dgn iklan/web pasal buat duit kat internet ni.
Pasal aku hari-hari surf, tertengok jugak la web2 camnih... mak aih.. macam2 yang dioffernya..
Ratus-ratus ada, ribu-ribu ada, juta-juta lagi banyak giloss...
Tengok kan ke copywriting skill diorg, perghh.. mmg terbaik.

Nampak macam senang, tapi tu kelentong jek, mana bole dapat duit senang... semuanya kena kerja. Duduk Diam Dapat Duit - cisss... kalo duduk diam, bukan kata duit, tenuk lalu kat sebelah pun dia buat dekkk je kat kita... apa lagi nak dapat duit.... pembohong.

Kalo kata bole dapat duit tapi kena kerja aku percaya lah.

--------------------------------

Okeh, sebab aku ni rajin, hohoho.... aku nak kasik try buat menjadi ke tak.
Kalo tak jadik memang siot jek, buang masa aku je.

Aku dah buat research... hohohoo... cam student MBA lak gayanya..
Ada dua program buat duit ni yang aku nak try...
MLM sorry, its suck.
Ponzi, Pyramid, HYIP sorry, it's exclusively only for stupid and greedy people.

-------------------------------

Aku nak try Adsense dengan Affiliate Marketing.

Benda baru pada aku.
Pasal komputer ni pun bukan aku reti sangat. Pandai guna aje.

-------------------------------

Aku nak expose kat blog aku ni apa yang aku buat (harap2 leh dapat guide free dari expert) :p

Kalo korang nak ikut bole.
Kalo korang nak tengok je pun bole.
Kalo ada yg nak tolong, bole sangat...!!
Kalo korang nak click button close kat atas kanan browser korang tu pun bole.
Kalo korang nak kutuk, agak-agak la.

Aku try dalam sebulan ni.
Kalo takde income, rasanya baik aku gi tanam serai kat belakang rumah.. ada gak hasil.

-------------------------------

wokeh, challo..
wanna walking on the web for a while...

God Speed.

Read more...

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP